Thursday, June 11, 2009

~Ku....kuku..kuku~

Salam.....
Aku ada terbaca kat sebuah buku mengenai kuku antara perkara yg disebutkan dalam buku tersebut adalah...

Barang siapa yang mengerat
kukunya pada ;
* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masukkepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan
masuk sihat

* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya
sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

So, hari yg dibolehkan utk memotong kuku adalah hari jumaat, isnin dan khamis..
Manakala hari yg dikhuatiri memudaratkan dan tidak digalakkan memotong kuku adalah pada hari selasa, rabu,sabtu dan ahad...
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, dan bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.





Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

10 comments:

Jue @ atanayuiman said...

tul.. tull.. pernah baca pasal POTONg kuku nieeee...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

sangat berilmu entry ini, aku tak tau pun hahaha

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

aaaa...kite penah terbaca article ni..

Ummi Nuhlan said...

good info..tq strawberry

strawberi @ mamadira said...

jue>> tu la aku pun terbaca masa bebudak sek men dulu..

tinie>> skarang dah tau..klu nak pratik kan boleh je...

zura>> baca sekali lagi pun bole..ada buat tak??

imah>> ye kita berkongsi2 info..sama2 imah..

ya semua org kg...hari ni hari jumaat.. mari kita potong kuku...

Mrs. Simplicity said...

yup,aku kalo tak sempat nak potong kuku ari jumaat tuh, aku tunggu jumaat lg satu nak potong kuku. sama jugak macam kuku nia. good info weh!

Nurshahfamily said...

wahhhhh very very good info nie...hehehehe
biasanya yang nur tahu elok potong isnin, khamis and jumat.. yg penting jangan ari rabu cz ada dgr ceramah leh mendekatkan ngan kepapaan....yg lain baru ari ni hihihi...

strawberi @ mamadira said...

alyani.. klu tunggu jumaat lg satu wah.. bole panjang betul tu..
skang bole je potong ari senin tu..

nur..ceramah pun ada bagitau ye..
betulah hadis ni..

Ummi Nuhlan said...

re:mamadira: aah..imah guna olympus yang 8mpx tu...kadang imah setting 5mpx.
xpenah plak jadi mcm yang hang kata tu..error???
aku byk snap pic sendiri..sebab xdak sapa nak tolong amikkan..hehehehe
aloooo..bila nak updatge blog ni..dah sawang2 dah ni..hihiihihih

strawberi @ mamadira said...

tu la imah..
hubby ku dah anta kedai..
diorang pun x tau pasai apa..
nak kena anta p hq plak..

aduh..tu yg naik bersawang tu..
nak uplod gambo..camera plak menggoong...menci..menci...