Monday, August 31, 2009

~SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52~

Salam semua



Mari sama2 kita nyanyi lagu patriotik...
bunyi drum.....1..2...3... nyanyi... :-
-
-
-
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang muliaHari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
-
-
lagu yg penuh bersemangat....best...

Thursday, August 27, 2009

~Mekasih SU dah CHEKUNA~

Salam semua...
Dapat award ni dua2 serentak dari suhida dan chekuna. Thanks ya..
I like it..



1. Letakkan logo award ini di blog anda.
SUDAH.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

~ Alyyani ~ suka sgt baca blog ko.. klu x baca rasa cam x lengkap je hari aku.. ngee..up2x
~ Jue ~ blog jue byk info...sgt kagum gan online bisnes jue...sila beri tunjuk ajar ye..
~ U-neey ~ baru je kenal,,, nak kenal lebih lagi
~ Miemiey ~ sahabat baru...
~ Surie ~ kelakar gak ko ni..jom ramas keyboard...kah..
~ Karim ~ kwan masa kt upm dah jadi pegawai cukai..tabik ler..
~ Dayah ~ kagum gan semangat breastfeeding
~ Gieyana - banyak gambar2 cantik dlm blog hang
~ Rose~ tengah pregnant anak pertama...take care ye..
~ Zura Densocute~ sangat mesra.. best kawan gan ko..

3. Menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
-OK DAH..
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
Nanti baru nak p singgah blog depa...
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..
Mekasih byk2 kepada Suhida dan Chekuna. Ingat juga korang kat aku..seMoga korang dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan jadi ibu yang baik. Aminnn....
Kalau ada award lagi...pas2 lah kat aku...ngee (ayat suhida...ngee..)

Tuesday, August 25, 2009

$$- B@ju R@yA -$$

Salam Semua....

Ini anak ku yg no 2- Mohd Afif Haziq umur 2 tahun 7 bulan
model yg malu2 kucing bila try baju melayu baru..



Sebut pasal baju raya..budak2 lah yg paling sronok..
tingat masa kecik2 dulu...memang x sabar nak g supermaket nak
beli baju raya..skurang2nye 3 pasang lah..
raya pertama pkai baju kurung...raya kedua baju lain..
raya ketiga baju lain..
Skarang ni...kita pulak yg membeli baju raya kat anak2..
baju kat kita x beli pun x pe.. kperluan utk anak dpt pkai baju raya
di utamakan... macam tu lah perasaan ibu bapa kita masa kita kecik2
dulu agaknye...klu ada rezeki lebih tu.. beli baju raya utk ibubapa kita..



Kalau korang nak tahu..
baju melayu tu aku yg jual..
so.. sapa yg nak beli utk anak teruna korang..
silalah beli kat aku
Sila kunjungi blog aku http://farissabutik.blogspot.com/




Baju melayu ni diperbuat dari kain cotton
jadi x panas.. bukan mcm kain licin yg biasa utk buat baju melayu tu..
jadi boleh lah pakai lama..pas raya pun bole pakai lagi..
sangat selesa dan sejuk tau..
saiz dari baby hingga 12 tahun..
kaler ada hijau, purple, hitam, biru, pink, oren dll


Selain baju melayu...aku pun ada jual face mask kartun & dispose,
blouse, tupperware, crocs, tudung deZahra, tudung Ariani, Tudung Ayu...
dan pelbagai produk lagi...byk tul kan.. heheehe...



Kawan2...sudi2 lah jenguk blog business aku tu ye..
cuci2 mata..klau ada yg berkenan bagitau lah..
kat korang ada harga spesel...hehehehe..pm aku tau..
Support lah usahawan kecil-kecilan bumiputra...chewah...

Nak minta tolong kawan...harap2 sudilah link kan blog busines
aku kat personal blog korang ye...
sokongan korang aku ucapkan jutaan terima kasih...
klau yg dah ada blog busines tu kita exchange link k..
Sama2 lah meniaga cari rezeki yg halal sambil bantu suami... :D


















Friday, August 21, 2009

@ Fadhilat TERAWIH @

Salam semua....

Selamat berpuasa ye kawan2...
Malam ni dah bole wat solat sunat terawikh..

Nak share gan kawan2 fadhilat terawiH

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “
Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
*Credits to Perak Online


**masa zaman2 budak2 dulu..kalau pas abis terawih..mesti nk makan "Moreh" kan?
ada ke yg x tau moreh tu apa? hehee

Kalau pas mkan sahur bole ke berblog??
lebih elok kan baca quran sementara nak tunggu waktu subuh masuk..
(pesanan tuk diri sendiri... :D )

Thursday, August 20, 2009

~Berebut~

Salam Semua...

ish..dah kat 3 minggu x update blog aku ni..
camne nak jadi blogger ni..

alkisahnye..
laptop kat umah ni dipakai oleh 5 org ..heheh
ramainye kan?...selalu aku je yg pakai..
tp semenjak hubby dah wat keje sendri..
dia pun online gak..
pas tu anak2 aku pulak sibuk main game kt facebook
game sayur2 tu ..barn buddy ke apa ke..
diorang pun online gak..


tengok ni..citer x abis lagi ni...
En suami dah nak pakai laptop..
baru je nk start mengarang ni..
nanti sambung lain ler..

babai..