Friday, September 18, 2009

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri~



Salam..

kepada kawan2 blogger yg dikasihi..

Daku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Daku memohon maaf sekiranya daku ada membuat kesalahan,
terkasar bahasa dan menyinggung perasaan kalian semua
semasa kita berkawan...

Semoga kawan2 semua, selamat semuanye dalam perjalanan
pulang ke kampung nanti..
Berhati-hati semasa memandu di jalan raya dan pakai seatbelt k...

ps : InsyaAllah..aku balik kg hari ni..beraya di penang..
Ya Allah, semoga selamat semuanye perjalanan kami semua balik kg dan pulang ke kl..amin

Thursday, September 10, 2009

:: Lagu Raya ::

Salam semua







lirik lagu..klu nak nyanyi sama

Seloka Hari Raya

HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )


lagi berapa hari lagi nak raya ni..
semakin rancak lagu2 raya ni berkumandang...
tp lagu2 raya yg lama jugak yg best di dengar..
betul kan..??

apa lagu raya feveret korang ye?
ni antara feveret lagu aku..
ada byk lagi yg best2 yg di nyanyikan oleh
Allahyarham P.Ramlee, Saloma , uji rashid gan hail amir..
dan byk lagi lah..

tengah layan lagu raya skarang...
anuar zain masa budak2..cute eh..

Sunday, September 6, 2009

amik award & Layan tag

salam semua

layan tag di pagi ahad


inilah award nye "best blogger of this month" SETEGAR
dulu-dulu!ok here u come....meh wat TAG pulak...

1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari..
surfing internet... baca novel...

2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda..
kawan masa kat U - ayin
Kawan masa kat sekolah - watie

3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka
pink
hijau pucuk pisang
purple

4. Berikan 4 nama org yg paling anda sayang ..
1. En suami
2. Dira
3. haziq
4. farissa
5. ibubapa, adikberadik, kawan2
terlebih sudah...

5. Berikan 5 jenis sifat manusia yg paling anda benci..
1. sombong
2. kedekut
3. riak
4. dengki
5. pemarah
Ya Allah jauhi aku dari sifat2 begini...amin

6. Berikan 6 benda yg mesti anda bawa sebelum keluar dr rumah
ic
hp
kunciumah
beg susu
beg adik farissa
stroller


7. Berikan 7 destinasi percutian yg anda ingin/suka kunjungi..
1. mekah
2. england
3. paris
4. bandung, indonesia
5. china
6. singapore


8. Berikan 8 kenangan yg paling anda tak dpt lupakan..
dapat result spm
amik hadiah masa kt sekolah
cari duit sendri gan keje kilang
kumpul duit beli motor
time cintan cintun gan hubby
masa hari kawin
masa pregnant - sakit teruk utk 3 anak
masa bersalin - dira, haziq, farissa
setup bisnes sendiri

9. Berikan 9 impian yg anda impikan..
nak gi buat haji gan en suami
nak buat ibadah dengan konsisten
nak ada kesihatan yg baik
nak rumahtangga yg bahagia hingga akhir hayat
nak buat byk bisnes dan berjaya
nak ada duit sejuta duajuta
nak beli tanah
nak buat umah banglo
nak anak2 semua sihat, berjaya
semoga dimakbulkan...amin..

10. Berikan award & tag ini kpd 10 org kenalan blog anda..
dayah
mirza - mama airell
miemiey
zura densocute
surie
fara
rose
ainey ibu mifzal
rose
zurawan

harap korang buat ye tag ni....kalau aku x jemput tu aku x dan tau..
klu nampak nama ni pandai2 sendirik ye..
bye
mamadira

Thursday, September 3, 2009

~1st time Demam~

salam semua....




Ni anakku yg bongsu...Farissa Nurhadifah...
dah nak beransur sihat....
umur 8 bulan baru nak demam
suhu 39 celcius sgt mencemaskn..
sebelum ni x pernah demam...
kena cucuk pun x demam
tah camne leh demam sbb abang gan kakak x de pulak..
selalu kalau dira gan haziq demam, adik kebal je
x berjangkit...
agaknye demam nak leh duduk ke berdiri ke..
sbb dah mula memanjat dah ni....
pas ni makin sukar lah nak berblog...

Monday, August 31, 2009

~SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52~

Salam semua



Mari sama2 kita nyanyi lagu patriotik...
bunyi drum.....1..2...3... nyanyi... :-
-
-
-
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang muliaHari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
-
-
lagu yg penuh bersemangat....best...

Thursday, August 27, 2009

~Mekasih SU dah CHEKUNA~

Salam semua...
Dapat award ni dua2 serentak dari suhida dan chekuna. Thanks ya..
I like it..



1. Letakkan logo award ini di blog anda.
SUDAH.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

~ Alyyani ~ suka sgt baca blog ko.. klu x baca rasa cam x lengkap je hari aku.. ngee..up2x
~ Jue ~ blog jue byk info...sgt kagum gan online bisnes jue...sila beri tunjuk ajar ye..
~ U-neey ~ baru je kenal,,, nak kenal lebih lagi
~ Miemiey ~ sahabat baru...
~ Surie ~ kelakar gak ko ni..jom ramas keyboard...kah..
~ Karim ~ kwan masa kt upm dah jadi pegawai cukai..tabik ler..
~ Dayah ~ kagum gan semangat breastfeeding
~ Gieyana - banyak gambar2 cantik dlm blog hang
~ Rose~ tengah pregnant anak pertama...take care ye..
~ Zura Densocute~ sangat mesra.. best kawan gan ko..

3. Menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
-OK DAH..
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
Nanti baru nak p singgah blog depa...
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini..
Mekasih byk2 kepada Suhida dan Chekuna. Ingat juga korang kat aku..seMoga korang dimurahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik dan jadi ibu yang baik. Aminnn....
Kalau ada award lagi...pas2 lah kat aku...ngee (ayat suhida...ngee..)

Tuesday, August 25, 2009

$$- B@ju R@yA -$$

Salam Semua....

Ini anak ku yg no 2- Mohd Afif Haziq umur 2 tahun 7 bulan
model yg malu2 kucing bila try baju melayu baru..



Sebut pasal baju raya..budak2 lah yg paling sronok..
tingat masa kecik2 dulu...memang x sabar nak g supermaket nak
beli baju raya..skurang2nye 3 pasang lah..
raya pertama pkai baju kurung...raya kedua baju lain..
raya ketiga baju lain..
Skarang ni...kita pulak yg membeli baju raya kat anak2..
baju kat kita x beli pun x pe.. kperluan utk anak dpt pkai baju raya
di utamakan... macam tu lah perasaan ibu bapa kita masa kita kecik2
dulu agaknye...klu ada rezeki lebih tu.. beli baju raya utk ibubapa kita..



Kalau korang nak tahu..
baju melayu tu aku yg jual..
so.. sapa yg nak beli utk anak teruna korang..
silalah beli kat aku
Sila kunjungi blog aku http://farissabutik.blogspot.com/




Baju melayu ni diperbuat dari kain cotton
jadi x panas.. bukan mcm kain licin yg biasa utk buat baju melayu tu..
jadi boleh lah pakai lama..pas raya pun bole pakai lagi..
sangat selesa dan sejuk tau..
saiz dari baby hingga 12 tahun..
kaler ada hijau, purple, hitam, biru, pink, oren dll


Selain baju melayu...aku pun ada jual face mask kartun & dispose,
blouse, tupperware, crocs, tudung deZahra, tudung Ariani, Tudung Ayu...
dan pelbagai produk lagi...byk tul kan.. heheehe...



Kawan2...sudi2 lah jenguk blog business aku tu ye..
cuci2 mata..klau ada yg berkenan bagitau lah..
kat korang ada harga spesel...hehehehe..pm aku tau..
Support lah usahawan kecil-kecilan bumiputra...chewah...

Nak minta tolong kawan...harap2 sudilah link kan blog busines
aku kat personal blog korang ye...
sokongan korang aku ucapkan jutaan terima kasih...
klau yg dah ada blog busines tu kita exchange link k..
Sama2 lah meniaga cari rezeki yg halal sambil bantu suami... :D


















Friday, August 21, 2009

@ Fadhilat TERAWIH @

Salam semua....

Selamat berpuasa ye kawan2...
Malam ni dah bole wat solat sunat terawikh..

Nak share gan kawan2 fadhilat terawiH

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 :
Seru Malaikat “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) “
Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
*Credits to Perak Online


**masa zaman2 budak2 dulu..kalau pas abis terawih..mesti nk makan "Moreh" kan?
ada ke yg x tau moreh tu apa? hehee

Kalau pas mkan sahur bole ke berblog??
lebih elok kan baca quran sementara nak tunggu waktu subuh masuk..
(pesanan tuk diri sendiri... :D )

Thursday, August 20, 2009

~Berebut~

Salam Semua...

ish..dah kat 3 minggu x update blog aku ni..
camne nak jadi blogger ni..

alkisahnye..
laptop kat umah ni dipakai oleh 5 org ..heheh
ramainye kan?...selalu aku je yg pakai..
tp semenjak hubby dah wat keje sendri..
dia pun online gak..
pas tu anak2 aku pulak sibuk main game kt facebook
game sayur2 tu ..barn buddy ke apa ke..
diorang pun online gak..


tengok ni..citer x abis lagi ni...
En suami dah nak pakai laptop..
baru je nk start mengarang ni..
nanti sambung lain ler..

babai..

Thursday, July 23, 2009

:: Tutorial MAKE -UP::

Salam semua...

Make up...
Apa tujuan kita ber make up sebenarnye??
Ada org untuk melawa sakan mcam artist tu...(tuntutan kerja nye)
Ada org untuk keyakinan diri...
Ada org make-up untk kelihatan cantik di office...
Ada org utk menutup parut jerawat di muka..
Dan bermcam-macam sebab kenapa perempuan bermake up ni..

Dalam islam apa hukumnye...??
Ada yg mengatakan boleh bermake -up tetapi dengan syarat gaya makeup kita
Tidak menarik perhatian kaum lelaki yg bukan mahram..yg bole mendatangkan rasa shahwat bila dia memandang ke wajah perempuan yg bermake-up ni....
Dan disarankan hanya mengenakan make-up yg simple dan ringan 2 je..

Tp yg pasti kecantikan kita biarlah suami kita yg nikmati..
Jgan kita hanya bila pegi keje atau keluar umah saja bermake up
Tpi bila dok umah..muka pucat lesi atau muka macam tepung gomak..sbb tempek bedak sejuk..Ditambah pula dengan memakai baju kelawar atau
berkain batik dengan t-shirt...

Sesekali atau byk kali ...kita makeup kan muka kita hanya utk suami kita..
dan memakai pakaian yg cantik2...
Tambah-tambah di mlam jumaat..hehhee...sgt besar ganjarannye...
Berhati-hati juga dgn alat-alat make-up tersebut.. ada yg tidak halal..
Contohnye bulu berus utk sapu blusher ada yg diperbuat daripada bulu babi...
Aku pernah terbaca di dalam akhbar pengguna...so berhati-hati ye....
So disinikan aku attachkan tutorial make-up untuk dikongsi bersama...


Tuesday, July 14, 2009

@[iNtEr FrAme]@

Salam...


ini entry nak memperkenalkan my sweet princess - Fatin Nurhadirah
skarang dah tadika kat Genius Aulad.

Nama kat umah dira atau yaya.

Tapi kat sekolah kawan gan teacher panggil fatin

Mulutnye cam bertih jagung...cakap x berenti..

dan sangat suka tanya soalan yg kadang2 susah aku nak jawab..

kadang2 aku pass soalan tu kat hubby, aku suh hubby jawabkan soalan


pernah dia tanya

1. "mama, Allah ada kat mana?

2. " mama, macam mana mama kuarkan adik ?

3. " mama, kenapa org tu buang bayi ? - tengok berita


dan byk soalan lagi yg kategori perah otak nak jawab gan betul

supaya dia x confius bila dah besar nanti...


hubby aku selalu pesan,...klu jawab soalan dira..

jawab betul2 jangan tipu atau kona2

sebab dia akan percaya kepada jawapan pertama kita

dan dia akan ingat...so next time bila dia tnya balik soalan yg sama

kalau kita jawab lain...dia akan cakap balik jawapn yg pertama

kali dia dengar tu...





semoga jadi anak solehah....amin







hehehe...ngeri nye gambo ni...dira edit sendri



dah nak tdo pun ngadap laptop lgi



serius je...



dengan pak cik yooi



- dira suka edit gambo



- peace semua


-peace and party



- iklan tunjuk gigi...







-eh! ada kembar !!


-kena aim pulak...cam Nabila citer mutiara hati..






-wah,,banyaknye dira



- kelakor.. x baik jelir lidah..




-kembar 4...

Monday, July 13, 2009

Kawan Cute Miut






Tersangat...lah...sangat...sangat cute award ni...
aku dapat award ni daripada U-neey....
MEkacih banyak-banyak u-neey.....i likee it...
suka berkawan dgan ko...

aku tak nak lah pass award ni kat sapa-sapa...
keedekut taik idung masin lah pulak....kahkahkah...


sbab award ni cute sangat...rasanya nak share jugak gan korang kawan2ku,,,
kepada kawan-kawan blogger ku, thanks kerana menjadi kawan2 ku
walaupun kita x penah berjumpe....
di harap kita boleh menjadi kawan yg baik...
walaupun kita hanya berkawan di alam maya yg fana ni..(ayat x tahan ni)

so...kawan2 ku yg rasa dia tak malu dan cute mai lah amik award ni...

ok lah...meh aku listkan kawan-kawan ku yg cute ituww...


zura - densocute (ko memang layak amik award ni)

alyyani
suhida
jue
ryn tokey jahit baju
imah
chekuna
ai
ibu mifzal
dayah
zurawan
gieyana
rose
nurshah


dan sapa2 yg nak amik..tapi mesti rasa diri tu cute..baru bole amik..



ps: semenjak 2 menjak ni...lama x update blog...aku ada keje sket..
tapi aku selalu masuk blog korang...kadang2 dapat komen kadang2 jadi silent reader je.... ada ke kekawan yg ingat kat aku ni??
Labels: award

Tuesday, July 7, 2009

Cium...........




Sapa yg cium sapa ni... suami nak cium isteri, halal dah....bila isteri cium suami pas balik keje hilang rasa penat lelah suami tu .....
tpi bukan nak share topic ni...next entry lah kot...


Ok.. pernah dengar tak ada disebutkan,,,,

“Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak”

Wah...wah...sungguh besar pahalanye...padahal benda kecik sahaja..yg kadang2 kita lupa..atau x buat atau kurang buat...pada yg ada buat tu teruskan selalu ye....
OK ..jgn lupa amalkan,,,pagi sebelum kita pegi keje cium anak sekali..
Hantar anak pegi tadika atau nursery bagi lah ciuman selamat tinggal...
Bila anak buat sesuatu yg menyenangkan kita bagilah ciuman terima kasih....
lepas mandikan anak dah wangi2 tu cium sekali...masa tengah santai2 gan anak cium lagi...Dan bila malam nak tidur bagilah ciuman selamat malam...
Sekurang-kurangnye 4-5 kali ciuman satu hari...senang je nak buat kan dan sangat bnyak ganjarannye...dan bukannye susah sangat....

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium..." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."


Apabila kita menyayangi anak kita pasti anak kita akan menyayangi kita kembali...

Monday, June 29, 2009

~INSAF DAN BERTAUBAT~


Salam...

Kali ini ana nak bagitau sama ente semua...
Ana sudah insaf lah.... ana sudah bertaaubat...
Ana sudah tidak amik ganja lagi la...
Kali ni pusher dayah pun sudah insaf..
Sudah jadi ustazah lah...syukran...syukran...
Ustazah dayah sudah bagi ana lagi satu peringatan la....
Ini amalan 100% islam dalam kehidupan...
Jauhi perkara yg di murkai Allah SWT dan
dekatkan diri dengan jalan yang diredhai Allah SWt...
Semoga kita menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa...Amin...

“Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia ...berikanlah kami kebaikan di akhirat.. dan jauhilah kami dari api azab neraka”...amin

Kepada penerima ganja sebelum ni marilah kita sama2 insaf dan bertaubat....
Ente-ente semua mari amik ini peringatan..
15.Rose

Wednesday, June 24, 2009

~ amik ganja~





Salam semua...

Gua nak citer sama lu orang beb..
Semalam ada satu orang... datang umah gua....
Dia sudah offer sama gua satu barang...
Dia suh amik barang tu kat umah dia...
Dah orang jemput dengan ikhlas kan... nak bagi barang tu..
Gua pun pegi umah dia nak amik lah...
Rupe-rupenye dia mau kasi gua ganja beb...
Ini first time beb ...org kasi gua ganja ....
Ada juga yg pernah offer itu ganja sebab gua ada follow diorang...
Tapi gua segan beb...
Tapi hari ni gua amik beb...pas tu gua kena layan itu ganja beb..
Itu orang namanye Tauke Dayah....gua baru kenal dia..
Terima kasih banyak2 Tauke...gua layan lu punya barang....


Tapi itu tauke kata...gua kena pass ini ganja kat kawan2 yang gua baru kenal...
Gua kena cari 15 orang nak layan benda ni...
Sapa mau....??ini ganja sangat lalok dan high punye...
Gerenti semua mau....

Kikikihkki......layan ar aku cakap cam minah p*t lalok je ....

Disebabkan aku baru je mengaktifkan diri dalam blog ni..so semua kekawan aku kt blog list dikira baru kenal lah...( aci kan cik puan dayah) sebab aku nak cukupkan kuota 15 orang...kikikih
So aku wat 2 kategori la...

Pertama iaitu blogger yg aku baru kenal tpi “kenal bau-bau stoking”..
Maksudnye sebelum jadi blogger aku dah kenal dah...aku kenal kat forum mak buyong dot com.
Penerima yg ganja ran bertuah ialah
Lepas amik award ni jangan lupa basuh stoking ye pas tu lu orang kasi layan ini ganja ...


Kategori yg Kedua.. baru kenal..tapi “kenal bau-bau masam ketiak”
Yang ni plak maksudnye kenal masa jadi blogger ....memang baru sangat2 kenal..
Penerimanye adalah..... jeng...jeng..jeng...
Lepas amik award ni jgn lupa tenyeh rexona banyak2...dan layan ini ganja tau

So korang....kalau masuk sini ....
dengan rela hati amik award2 /ganjaran ni...
Nanti aku jemput korang jugak... amik ganja ....ni..











The rules:

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.


Monday, June 22, 2009

~Tragedi Terbantut~

Slalu hubby ku yg transfer gambar ke lappy....
Aku plak....ada aku kisah....(pinjam ayat Azwan ALI)
So.. bila dah start blogging ni...Maka nye ..harus tempek gambo kan...
Klu x de gambo cam tak best lak....
Aku dah cakap kt hubby.. tlg transfer jap...aku tak reti...
X pernah buat pun ada sekali je aku nengok dia transfer...
Mana nak ingat kan....
Pas tu hubby ku cakap ..ok..ok...nanti dia free dia buat la...
Tunggu punya tunggu...punye tungu... banyak tunggu tu
Adalah kot dalam seminggu dia tak transfer lagi....
Maka nye....aku sudah gatal tangan...Sbb nak mengatal bubuh gambar kat blog
Aku tepon dia kt ofis...suh ajarkan cara nak transfer....
Korang tau laah kandia xleh nak bg instruction dgn tepat dah x tengok skrin computer

So..aku pun yg sudah gatal tangan ini....(tangan je......)
Klik sana klik sini....sbb x sure sgt camne kaedahnye...
Aku main bantai je ...tengah2 dia nak save tu...
Bateri kat kamera sudah bunyi...nak kong la tu...
Tengok2 sudah kong kalang kong....Hampeh punye bateri...
Maka nye terbantut lah operasi transfer tu...
Aku pi cas balik bateri tu...Pas tu cek kat lappy...
”aik awat tadak ni..” Sekeping habuk pun xdak..
Mlm tu aku suh hubby transfer plak...
Bila dia nak transfer...itu camera bengoong
Sudah tulis "NO PICTURE" tekan kt menu dia kuar "PICTURE ERROR "

Snap gambar bole tp x dpt save kt memori...
ape ke he nye....tangkap x boleh simpan..baik x pyah tangkap.. buang karen je ..
klu tangkap ayam pun dapat, pastu bole goreng pas tu makan....kuikuikui ...
semalam hubby aku hantar kt kedai yg kitorang beli tu kt
FOTO ZOOM....minah sales girl tu pun x tau apa penyakit,
dia suh anta hq kt Gombak plak..

Korang ada tak masalah cam gini...?
Korang pakai camera apa?? Apa ....??...DSLR...?
Fuyoo .. gempak tu...
aku pakai compact camera yg biasa2 je...
Olympus fe230
Aduh nak repair kt mana ni...? sape tau..?
Sape penah ada masalah cam gini?? Korang wat camne??
Kurang2 mahu 2-3 ratus gak nak burn tu...klu mahal caj repair baik beli baru..
Duit lagi...
ni la... aku beli masa Sep 2007 masa tu rega dia RM849... x sampai 2 tahun lg pun..uhuks..


Tekan Menu, kuar "PICTURE ERROR"


yg ni pas snap gambar keluar "NO PICTURE"




kotak pun ada lagi.....buat apa tah..saje simpan...






Thursday, June 18, 2009

~Udang lawan sama Badak~

Udang lawan badak..
Agak2 korang sape yang menang???
Mesti korang jawap badak kan...

mmm.....Ok..Cam ni kisah dia.....

Di sebuah kedai makan..atau warung kopi...atau kopitiam..atau kedai dobi(boleh ke?)

Eh!! Pasai apa ni dah berketul2 aku makan cucuq nii... tapi satu ekor udang pon aku tak Nampak!! ...janggut udang tu lagi la tak dak..!!

Pas tu... Pakcik jual cucur udang rasa sudah panas ....bengang tahap gaban la...org dok sindir2 cam tu. Klu Korang pun angin gak kan... apa lagi....pakcik tu pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selamba rocknya..

"ooooo...cucuq udang aku takde udang korang bising-bising...sindir-sindir ....
Hah...korang tengok tu orang yg jual cucur badak tu tapi takde badak... korang tak bising pulak"

Wakakaka......


Teringat kat resepi cucur badak imah...
Dalam tu ang x tulis pun kena buh badak sekor...ekekeke
Aku pun x buat lagi resepi tu... mana lak nak cari badak nak buh ni

imah pinjam gambaq cuk badak ang tau...

Tuesday, June 16, 2009

~PuTuSkAn SaJA PaCArMu~

Salam....
Oleh kerna imah pun dah tegur blogku yg dah menampakkan bayang2 sawang..maka nye...harus arini ada entry....
Bukan apa mood nak meng update agak kureng....sbb camera menggong..tp mood nak terjah blog korang masih tinggi....kikikih..
Sob..sob..sob...cameraku buat hal...xleh nak uplod gambo kerna tangan ku yg gatal...ish..
Klu aku tunggu hubby aku yg uplod kan dulu taklah jadi camgini...benda dah terjadi...

Baru2 ni aku suka layan satu lagu ni...
Lagu indon..aku terdengar kt blog imah..blog makan2...
Kekadang dah abis baca entry imah pun mau gak layan lagu ni
Tp aku dah set x nak sokong sgt lagu indon ni...harus sokong lagu tempatan...
Wakaka...patriotik...dengar je x pek kan..cd dia x beli pung..
Imah lagu tu syok woo...ada versi chipmunk lagi...
Korang layan jap ye



lirik dia cam ni
kau anakku yang cantik
coba lihat mama disini
di sini ada mama yang sayang padamu
kau anakku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang kasih padamu

reff:
woo woo jangan jangan kau engkar kataku
jangan jangan kau derhaka padaku
ku kan selalu mendidikmu...
untuk jadi insan berilmu

eh...silap lah....
aku dah edit dan modified lagu ni sket ikut
citadengar telinge aku...
aku nyanyi tuk anak2ku...
tapi kan mesej lagu ini amat tidak baik...
kisah seorang jejaka yg syok kat awek org..
ada ke patut suruh awek tu clash gan balak dia tu
pas tu ajak bercinta dgn dia plak...
ini sudah lebeh....haprrak tul..
x baik tau kacau line org..
ko cari lah org lain,,bunga bukan sekuntum...
ok..ni lirik dia yg betuii...betui...betuii...
tuk halwa maskat (sedap tu)....eh halwa telinga




ST12 PUSPA ~PUTUSKAN SAJA PACARMU
kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu
kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu
* walau ku tahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau
reff:
woo woo jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu
woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku


Camne...sedap tak lagu ni....??
klu sedap kasi angguk itu kapla..
klu x sedap..hangpa cari lagu lain la...lagu 3 kupang..

Thursday, June 11, 2009

~Ku....kuku..kuku~

Salam.....
Aku ada terbaca kat sebuah buku mengenai kuku antara perkara yg disebutkan dalam buku tersebut adalah...

Barang siapa yang mengerat
kukunya pada ;
* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masukkepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan
masuk sihat

* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya
sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

So, hari yg dibolehkan utk memotong kuku adalah hari jumaat, isnin dan khamis..
Manakala hari yg dikhuatiri memudaratkan dan tidak digalakkan memotong kuku adalah pada hari selasa, rabu,sabtu dan ahad...
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, dan bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.





Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

Saturday, June 6, 2009

~pantas ke lembap~

Kamu mencapai 110 markah, jadi kamu berada di posisi 88102 dari 111364 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 158 aksara seminit
you mendapat 23 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

--------------------------------------------------------------------------------
23 perkataan

23 perkataan

Speedtest




Ada sesiapa nak cuba?? bole je..

Friday, June 5, 2009

~Kalau lah..kalau lah..KALAU LAH..~

Dengan semangat yg membara ni, aku nak layan tag jap.. thanks kt Alyani yg sungguh pemurah.. setakat ni dah 2 kali ko tag aku ye... ada masa nanti aku balas balik yea kuih tag ni...apa punye soalan ni..kalau..kalau..kalau..

1. If you can be an animal, what will you be? Why?
KUCING. Coz Nabi Muhammad suka kucing... tapi yg x best kucing mandi koboi main2 jilat je pastu time nak mengawan 1 kampung bole dengar..malu u..

2. If you robbed a bank, what you want to do with the money?
PULANG BALIK KAT BANK. X mau lah...DUIT HARAM.. nak sedekah x leh.. nak wat makan pun x leh..

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? Why?
SYURGA. Nak merasa masuk syurga..bahagianye ..

4. if your know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
X LALU MAKAN DAH MASA NI...berdoa diampunkan dosa2 je

5. If you can kill one person in this world, who is the person? Why?
ORANG YAHUDI. Akan tiba masanye nyawa orang yahudi adalah halal utk kita bunuh..masa akhir zaman

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why?
100 YEARS.. klu bole sihat walafiat bole buat ibadah lagi nak tambah pahala

7. If you can date celebrities, who is that person? Why?
Hubby aku... dia selebriti di hatiku.. dah lama x gi dating berdua2 sejak ada anak ni.."nanti kita gi makan kt Sabak nak bang..mkn steambot"

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
My heart with iman...nape ko Tanya? Nape? aku ni org Islam la..

If you have the opportunity to tag 10 of your friends, who are they?
10 org ye...suhida..jue..lea...ainey..lea...gieyana...rose..nas...ai...ummi hannie. .
Kalau korang dah buat.. buat lagi pun bole,,,,

~Mkn Carrot Jadi Bugs Bunny?~

Sebagai parent yg baik, korang mesti suruh anak makan carrot banyk2 supaya x rabun dan mata pun cantik....hehe... agak2 korang betul ke pendapat ni? bukan ape, mmg carrot ade banyak vit A, tp kesian tau dgn budak2 ni kene makan carrot banyak2.. ialah....paginye sarapan nasi goreng carrot, tgh hari menu kari ayam carrot juga, malam pun carrot plus jus carrot susu lagi..huh. dah mcm citer katoon bugs bunny la plak...wakakakaka...

sebenarnya xyah makan carrot pun xpe. yg penting adalah vit A nyer. vit A ni paling bagus dalam bentuk pro vitamin A carotenoid yg banyak terdapat dalam carrot, broccoli dan tomato... tp telur pun sumber beta-carotenoid jugak. kajian menunjukkan pengambilan awal (masa kanak2) pro- carotenoid ni dpt melambatkan atau mencegah katarak, degenerasi makula dari berlaku pada hari2 tua kita nanti u..

satu lagi sumber pro vitamin A carotenoid - lycopene, bnyk terdapat dalam buah2 yg bewarna merah mcm tomato, tembikai. so... berita baik utk anak2 kite, xyah makan carrot pun takpe...hehe. . kajian juga menunjukkan lycopene dpt juga mengurangkan risiko kanser paru2, kanser prostat n cancer serviks utk wanita.

secara umumnya kalau kita ambil vit A dgn tetap hari2, ini dapatlah kite melindungi mata dan badan kita dari efek sinar UV. kirenye pigmen2 pada vit A menyediakan satu lapisan untuk menyerap sinar uv di mata atau di kulit...tp jaga2, banyak mkn vit A boleh sebabkan kulit jadi oren laks..

of coz vit C juga amat penting dalam menjaga kesihatan mata. anti-oksidan ini berupaya menjadi penawar bagi racun2 dalam badan. oleh itu dpt melambatkan development penyakit2 seperti katarak dan degenarasi makula. vit C amik lg banyak lagi bagus, kalau smoker dicadangkan amik 1000mg vit C setiap hari sebab nak kaunter balik sel2 korang yang dah mati tu especially kat paru2...hahah..sumber vit C ni of coz buah buahan sitrus mcm orange, apricot dsb..

vit E dlm kekacang dan minyak zaitun jugak bagus untuk kesihatan mata. fungsinya untuk menambahkan sel darah merah dalam badan n secara tidak langsung membekalkan lebih banyak oksigen pada mata n menjadikan mata berseri2.....

mase mude2 ni amalkanlah permakanan sihat, bile dah tua2 nanti x bnyk la penyakit2 yg muncul especially kat mata kite yg amat –amat bernilai kan....
rasa-rasa x sanggup nk pakai cermin mata ni...

Thursday, May 28, 2009

~Silap~

tersilap buat entry kali ni..
aku main redah je nak masukkan video ni..
almaklum.. aku budak baru belaja..kalau salah sori ye..
sepatutnye aku nak tanye kat jue atau su,,
tp nak memandai sendiri dulu..gini lah jadinye..

~Akum~

May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you

Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa jua tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Jom Sesama kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna singkatan A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Lagi satu penggunaan “Jew”.
Bebudak sekolah yg selalu guna klu org tua macam korang ni idak kot...
Contoh ayat sms diorang..”saje jew”...”apa-apa jew”..”itu jew”
Jew adalah singkatan utk Jewish iaitu bangsa Yahudi..
Buat apa kita nak sebut2 sangat bangsa diorang dalam kehidupan kita...
Sikit- sikit sebut “jew.”...”jew.”.bebudak ni nak sebut “saje” atau “je”
tapi nak ada bunyi slange macam lidah omputeh tu yg sebut jew tu....
Diorang ni pulak seboleh2nye nak menghapuskan org Islam di dunia ni..
Cilanat punya Jewish....

Ni korang tengok video ni..
Diorang mempersendakan pejuang palestin,, pejuang hamas

Wednesday, May 27, 2009

~Bersekedudukan~

panas...panas...sapa yg bersekedudukan ni??

artis ke atau ...
wei!! bukan aku tau...
aku dah kawin....anak pun dah 3 orang
ni jiran depan umah aku ni..
menyampah betul..
mati2 aku ingat diorang ni dah kawin..

hari tu aku terserempak dengan dia dalam lif
dia sapa la aku...aku pun sapa dia..

aku: dah berapa org anak dah??
org bersekedudukan: belum ada anak lagi...
aku: oo.. baru kawin ke?
org bersekedudukan : i belum kawin lg la..
aku: eh..perempuan kat umah u tu bukan wife u ke?
org bersekedudukan: oo..itu i punye girlfreind la...
aku: gulp...(nasib baik ko cina mkn bakuteh..klu x aku repot kat jawi ke jais)
~ aku selalu terpikir diorang ni x pernah eksiden ke eksiden ehem2..pandai
betul diorang jaga ek...org yg dah kawin ni jaga camne pun bole eksiden...

patutla area umah aku ni cam panas je..
agak2 malaikat yg pagi2 dtang masa subuh tu
time nak bukak pintu rezeki tu
singgah tak umah aku ni..

aku mintak2 dan berdoa..jauhilah fenomena ni dari berlaku
ke atas anak2 aku...ahli keluargaku..kekawanku.. dan umat islam khususnye...amin

jiran aku semua jenis makan bakuteh dgn tiger beer..
menyampah..
dah lah aku x de kawan sangat,,..
so x dela aku berjiran dengan diorang ni...
atleast aku jumpe la org melayu dalam dunia blog ni..
so kira korang la jiran2 aku..

~the end~

Tuesday, May 26, 2009

~Anak Korang Lahir Bulan APa?~

::RAHSIA BULAN KELAHIRAN::
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sama tak ciri2 yg di atas dengan kelakuan atau peel anak korang??
ataupun korang sendiri atau pun suami korang atau kengkawan korang??
Mungkin ini dpt membantu sedikit utk korang memahami mereka...
Tapi kita x boleh lah percaya 100% atas kajian ini..
Bagi pendapatku,, personaliti kita dibentuk oleh didikan ibu bapa kita...
pergaulan dengan rakan2...adaptasi dengan persekitaran...pengaruh media.. dan lain2

Bagaimana mendidik anak mengikut bulan kelahiran mereka??
mmm... boleh ke kita gunakan ciri2 yg disebutkan tu dalam proses
kita nak membentuk dan mendidik anak kita???
mungkin kita boleh cuba...keibubapaan adalah satu learning process...
yg mana ciri2 yg negatif kita cuba tukarkan kpd positif...
yg mana sedia ada positif kita kekalkan..
cthnye anak korang pemalu... camne nak buat ek??
so kita kena ajar dia bergaul dengan kawan2 yg sebaya..
So,.. kalau kita dah nampak anak kita dari kecik dah bercita2 tinggi utk
jadi doktor ke bisnesman ke..kita beri galakan yg positif utk dia cam belikan
alat permainan yg sama dgn profession tersebut..belikan buku atau vcd ke tentang perkara tersebut..

So camne?? lu pikir la sendiri..

sekian...adios

Monday, May 25, 2009

~Hari Ini Dalam Sejarah~

testing..testing 123..
aku dah lama create benda alah ni...
tapi segan ya amat nak wat entry ...
Naper ek??? aku x reti nak karang apa.
benda apa nak meroyan...belasah je la..